Jom Sertai Kempen Pembangunan Fasiliti Masjid Felda Bukit Cerakah

Jamuan Tahunan Masjid 2023

Aktiviti Jamuan Makan Tahunan bersama masyarakat setempat Felda Bukit Cherakah

Kami berpandangan bahawa masjid bukan sahaja tempat untuk solat, ambil sejadah solat, baca quran, dan berlalu pergi. Malah kami nampak ianya adalah sebuah ruang atau tempat untuk masyarakat setempat berjumpa dan bersilaturrahmi bersama masyarakat yang lain. Kerana setiap kali diadakan majlis-majlis seperti ini, ianya bukan sahaja dapat mengumpulkan orang ramai, malah dapat mendekatkan orang ramai dengan para Ulama.

Tali ikatan bersama Ulama yang kian saban semakin pupus, kita bekerja dari jam 9 hingga 5 petang, selepas balik dari kerja terus berehat di rumah dan mula melayari internet, menjadikan sedikit sebanyak semakin menjauh dengan para Ulama Nusantara yang mana orang para dahulu sangat bersungguh-sungguh untuk mendekatkan diri bersama mereka.

Jadi kami nampak ianya adalah sebuah peluang untuk menguatkan kembali ikatan tersebut. Semoga Allah memberkahi amalan ini, memberkahi masjid ini dan masyarakat setempat, amin amin amin.

Share the Post:

Related Posts