Siapa boleh jamin solatnya diterima Allah swt?
.
Dengan ilmu, insyaAllah kita dapat mengenal apa yang telah para ulama beri garis panduan dalam mendirikan solat dengan sempurna.
.
Ilmu solat dan memperbaiki solat adalah dikategori sebagai ilmu fardhu ain, wajib bagi setiap mukallaf. Wajib belajar ya bukan wajib faham,
.
hehe
.
selagi mana tidak faham selagi itu jatuh hukum wajib belajar.
.
Jadi kami mengadakan bengkel bagi memudahkan masyarakat setempat untuk lebih memahami tentang solat, kaifiyat solat, rukun solat, perkara wajib dan sunat dalam solat.
.
secara tidak lansung lebih faham dan dapat baiki mutu solat kita. Kami dapat buat aktiviti – aktiviti sedemikian hasil dari sumbangan anda, para penyumbang semua.
.
RM5 yang kita sumbang, dapat mencukupkan dan menggerakkan aktiviti masjid untuk mengajar dan memberi manfaat yang lebih kepada orang lain